Search This Blog

KPTM Kuala Lumpur. Alhamdulillah.

Click to view
Alhamdulillah aku dapat tawaran ke KPTM Kuala Lumpur (KL) untuk melanjutkan pelajaran aku dalam bidang Computer Science. Sebelum ni, aku pernah masuk KPTM Kota Bharu (KB). Aku ambil Pra Diploma Sains, kerjasama UiTM. Malangnya aku tak sampai pointer untuk melanjutkan Diploma Sains kerjasama UiTM di KPTM KB. Untuk mendapatkan Diploma Sains kerjasama UiTM aku kena ulang Pra Diploma Sains lagi sekali di KPTM KB.

Aku tak nak melambatkan masa, aku terus ke KPTM KL untuk mendapatkan diploma. Aku ambil bidang Computer Science. Walaupun program ini tidak ditawarkan dalam kerjasama UiTM, aku tetap bangga disebabkan aku dapat melanjutkan pelajaran aku di situ. Yang penting ilmu aku tidak terputus ditengah jalan.

Aku daftar masuk di KPTM KL ni pada 8/1/13. Aku tau ini agak terlambat bagi aku. Tapi, aku tetap ingin terus belajar. Walaupun terlambat.

ALHAMDULILLAH..