Search This Blog

Sambutan Maulidur Rasul Taman Impian Makmur 2012

Assalamualaikum..

Pada 26/02/2012, Sambutan Maulidur Rasul telah diadakan di taman perumahan Taman Impian Makmur, Saujana Impian.. Majlis ni baru pertama kali buat di taman ni. Hehe. Taman baru la kata kan. Even taman ni baru. sambutan sangat memuaskan. Sangat meriah! Jum kita usya gambar gambar yang ada. :D

 

Gambar kat atas ni, semua berkumpul untuk solat Maghrib berjemaah di imamkan oleh Ustaz Wan Noh kalau tak silap la. Saya tak dapat join. Sebab saya ABC :D



Gambar kat atas ni pula, gambar kami melepak mendengar ceramah dari Ustaz jemputan. Terima kasih diucapkan kepada ustaz, kerana sudi hadir dan memberi ceramah pada hari tersebut. :)

 

Gambar atas ni pula, gambar bersalam-salaman after solat Isya'. Saya tukang ambik gambar dan ada orang tanya saya ni bini siapa! Hahaha, lawaknye. Saya belum kawen lagi makcik...


Gambar atas ni pulak gambar Imam Muda Najdi dan Ustaz-ustaz selawat semasa bersalaman dan kami juga mengadakan nasyeed. Ada 3 buah persembahan dan 5 buah lagu. Btw, saya pun ada masuk sekali. Tapi, saya tak puas hati... Ramai kata suara kami (saya dan partner saya, Marissa) tak dengar.. Sedeyhnyer... Dah la menggeletar je bila ke depan, Nak buat lagi buleh? :(


Hah, gambar kat atas ni pula sesi bergambar bersama Imam Muda Najdi :D You guys jangan jeles tau.. Muka sangat cute. Hehe. Dah dah...

 


Hah, gambar kat atas ni, gambar saya dan partner saya, Marissa Yusri. Umur dia 14, tapi lebih tinggi dari saya dan lebih lebih lebih lawa dari saya. Hehe, lawa kah saya? Perasan kejap. Eyh, nak tau tak. This is my first day of my first time pakai jubah. Saya dah lama mengidam nak pakai jubah. And akhirnya, dapat juga!  :D

So, that all. Oh, majlis ni habis dalam pukul 10 lebih. Simple dan mudah :) Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment