Search This Blog

Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia

 

Hari ini merupakan hari yang dinantikan oleh seluruh warga sekolah di Malaysia untuk menyertai Program Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia. Setiap sekolah wajib menyertai program ini. Oleh itu, semua warga sekolah di Malaysia ini akan mengadakan larian serentak ini dikawasan masin-masing. Program ini diadakan semperna pelancaran dasar 1 Murid 1 Sukan oleh YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin bin. Mohd. Yassin (timbalan perdana menteri-merangkap menteri pelajaran malaysia). Program ini juga bertujuan untuk memastikan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu sukan di sekolah. Acara bersejarah ini merupakan larian yang terbesar, dan akan dicatatkan didalam Malaysia Book Of Records (MBR).

Sekolah SMK Dusun Nanding telah menyertainya dengan lancar. Satu sekolah telah memberi sokongan yang sangat bagus. Larian Serentak ini telah dijalankan pada jam 8.00 pagi untuk pelajar lelaki dan pada jam 8.15 pagi untuk pelajar perempuan. Ada sedikit sebanyak gambar yang dapat dikongsikan semperna Larian Serentak ini di SMK Dusun Nanding;


 
My Number :)
 
Turut menyertai;

1) Pelajar Pendidikan Khas SMK Dusun Nanding
2) Guru-guru SMK Dusun Nanding

Terima kasih diucapkan atas sambutan yang telah diberikan oleh semua pihak SMK Dusun Nanding!

No comments:

Post a Comment