Search This Blog

Hari Guru

Firstly, saya nak ucapkan "Selamat Hari Guru" kepada semua guru di Malaysia. Terutamanya, guru-guru yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Dusun Nanding, dimana tempat saya menimba ilmu selama lima tahun. Terima kasih atas jasa yang telah cikgu berikan kepada kami selama ini. Jasa cikgu akan kami kenang selamanya. Pada hari Isnin, Sambuatan Hari Guru dilangsungkan di sekolah kami. Disana, saya dan gadis-gadis saya telah membuat persembahan yang amat memuaskan (kata guru) untuk memeriahkan lagi majlis.

Kami membuat persembahan nyanyian khas untuk guru-guru.
Lirik lagu yang diubahsuai olah kami semperna hari guru. Melodinya dipetik dari lagu Cinta Tiga Segi oleh Saleem.
 
Selamat Tinggal Guru
Bertahun sudah ku belajar disini
Takkan ku lupa pengorbananmu
Akanku guna ilmu yang kau beri
Kuberjanji padamu Oh guru

Tapi sayang,
Tahun ini tahun akhir kami
Belajar bersamamu wahai guruku

Mengapa ini semua harus berlaku
Ilmu ynag engkau beri tak mencukupi
Sedangkan aku, masih mentah dan memerlukanmu
Tak sanggup aku melepaskanmu

Andai kau pinta untuk melepaskanmu
Terpaksa aku turutkan

Mungkinkah ini satu pengorbanan
Di alam persekolahan