Search This Blog

Long long time no see

Assalamualaikum.
Sangat sangat lama tak on blog and post something story. Selama ni bukan taknak on, cuma tak ingat email and password. Rasanya dalam dua tahun kot blog ni terbiar. Aku teringin nak on pun sebab kawan aku yang minta on and minta delete sesetengah gambar. So, aku pun usaha cari jalan untuk dapatkan emial and password aku untuk on blog ni and tunaikan permintaan dia. And i did it! Dah alanag alang aku tau email and password, aku nak sembang kencang sikit kat sini. So, it was lolong ago aku punya cerita yang tak terluah. Tak semua nak cerita. Aku skip cerita sebelum ni. But aku nak cerita ape aku tengah buat sekarang. See you soon... :)

KPTM Kuala Lumpur. Alhamdulillah.

Click to view
Alhamdulillah aku dapat tawaran ke KPTM Kuala Lumpur (KL) untuk melanjutkan pelajaran aku dalam bidang Computer Science. Sebelum ni, aku pernah masuk KPTM Kota Bharu (KB). Aku ambil Pra Diploma Sains, kerjasama UiTM. Malangnya aku tak sampai pointer untuk melanjutkan Diploma Sains kerjasama UiTM di KPTM KB. Untuk mendapatkan Diploma Sains kerjasama UiTM aku kena ulang Pra Diploma Sains lagi sekali di KPTM KB.

Aku tak nak melambatkan masa, aku terus ke KPTM KL untuk mendapatkan diploma. Aku ambil bidang Computer Science. Walaupun program ini tidak ditawarkan dalam kerjasama UiTM, aku tetap bangga disebabkan aku dapat melanjutkan pelajaran aku di situ. Yang penting ilmu aku tidak terputus ditengah jalan.

Aku daftar masuk di KPTM KL ni pada 8/1/13. Aku tau ini agak terlambat bagi aku. Tapi, aku tetap ingin terus belajar. Walaupun terlambat.

ALHAMDULILLAH..

Majlis Pertunangan Cousin

Salam, 27/02/2012 ada majlis pertunangan my cousin :) Comel sangat. Umur 20 dah tunang. Saya pun nak :D Gatalll punya fatin~ Jum usya gambar depa..


 

Gambar kat atas ni, rombongan lelaki dah sampai dan majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat dan ucapan dari pihak lelaki dan perempuan. Ngeh ngeh!

 

Gambar atas ni pula, mak lelaki memakaikan rantai pertunangan kepada pengantin perempuan dan gambar pengantin perempuan dan lelaki. So sweet! :D


Gambar atas, time sesi bergambar dengan pengantin. Pengantin lelaki (Abang Hadi) sebak dan agak malu time bergambar. Gambar sesama cousin! Suka suka...



Gambar kat atas ni, semasa pemotongan kek pertunangan dan birthday. Pada hari yang sama, pertunangan dan birthday pengantin perempuan.

Last, Aisyah cantik gile time tunang! Bye ;)

Sambutan Maulidur Rasul Taman Impian Makmur 2012

Assalamualaikum..

Pada 26/02/2012, Sambutan Maulidur Rasul telah diadakan di taman perumahan Taman Impian Makmur, Saujana Impian.. Majlis ni baru pertama kali buat di taman ni. Hehe. Taman baru la kata kan. Even taman ni baru. sambutan sangat memuaskan. Sangat meriah! Jum kita usya gambar gambar yang ada. :D

 

Gambar kat atas ni, semua berkumpul untuk solat Maghrib berjemaah di imamkan oleh Ustaz Wan Noh kalau tak silap la. Saya tak dapat join. Sebab saya ABC :D



Gambar kat atas ni pula, gambar kami melepak mendengar ceramah dari Ustaz jemputan. Terima kasih diucapkan kepada ustaz, kerana sudi hadir dan memberi ceramah pada hari tersebut. :)

 

Gambar atas ni pula, gambar bersalam-salaman after solat Isya'. Saya tukang ambik gambar dan ada orang tanya saya ni bini siapa! Hahaha, lawaknye. Saya belum kawen lagi makcik...


Gambar atas ni pulak gambar Imam Muda Najdi dan Ustaz-ustaz selawat semasa bersalaman dan kami juga mengadakan nasyeed. Ada 3 buah persembahan dan 5 buah lagu. Btw, saya pun ada masuk sekali. Tapi, saya tak puas hati... Ramai kata suara kami (saya dan partner saya, Marissa) tak dengar.. Sedeyhnyer... Dah la menggeletar je bila ke depan, Nak buat lagi buleh? :(


Hah, gambar kat atas ni pula sesi bergambar bersama Imam Muda Najdi :D You guys jangan jeles tau.. Muka sangat cute. Hehe. Dah dah...

 


Hah, gambar kat atas ni, gambar saya dan partner saya, Marissa Yusri. Umur dia 14, tapi lebih tinggi dari saya dan lebih lebih lebih lawa dari saya. Hehe, lawa kah saya? Perasan kejap. Eyh, nak tau tak. This is my first day of my first time pakai jubah. Saya dah lama mengidam nak pakai jubah. And akhirnya, dapat juga!  :D

So, that all. Oh, majlis ni habis dalam pukul 10 lebih. Simple dan mudah :) Assalamualaikum..

Birthday Ibu, 41 :)

 
All the gold, diamonds and other jewels on earth cannot match the shine of love and care that you have bestowed upon us. You have given us the priceless gift of life and the priceless gift of having such a great mother. Happy Birthday!


17/02/2012

Swimming @ Putrajaya

Usya je la gmbar k. Hehehe. Tak tau nak cakap ape. Just tengok je la gambar kat bawah ni. Sikit je gambar yang boleh snap. Sebab kat dalam tu tak boleh nak tangkap gambar sangat. Tak tau kenapa. Kedekut kot. Tapi, best.. Even ade ramai orang. Enjoy habis.. :D





Habis...

Majlis Persandingan Wan Najran

Assalamualaikum kawan :)

Hari ni aku nak setory about (tengok title) la kan. Wan Najran ialah salah seorang dari kumpulan Nasyid Saujana. Hari ni, 28-01-2012 adalah hari persandingannya bersama pasangan. Dah nama pun dari kumpulan nasyid, for sure ada artis kan.  Kebetulan rumah Wan Najran ni, berhampiran dengan rumah aku di Saujana Impian. Sape yang tak excited bila dapat jemputan dari penyanyi, even penyanyi nasyid sekali pun. Malas nak cite panjang, jum kita usya gamabr yang dapat aku snap k. Check it out!! ;)


 

Persembahan dari kumpulan Saujana. Suara meraka sangat sangat merdu. Dapat tengok secara live dan secara menonton di tv atau YouTube, sangat lain. Dengan melody yang sangat perfect! Lembut je bila di dengar.

 



 Hah!! Jeles tak??? Shahir pun ada jga tau! Hehehe. Bila Shahir sampai je, semue mata tak bekelip. Even makcik makcik yang baru dapat makan. Tengok je la gambar kat atas ni tadi, kebanyakan makcik makcik je yang semangat lebih nak bergambar dengan Shahir ni..


 

Imam muda Hassan dan Imam muda Amar pun turut hadir dalam Majlis ni tau. Jangan jeles keyh! Ow ye, jangan banyak complaint ek pasal gambar ni. Aku tau aku gemok! Semyap! Yang penting aku dapat snap gambar dengan Imam Muda. Kau ada? ;)

 

Hah, Ustaz ni pun ada tau (Semanis Kurma). Tapi, isteri dia, Ustazah Siti Nurbahyah tak dapat hadir sebab demam. :(


Oh ni kumpulan kompang dari Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (SMAPK). Dorang ni anak murid kepada ayah Imam Muda, Ustaz Wan Mohd Noh.

So, apemacam? Hati ada buak buak nak marah ka? Hehe. Setiap orang ada rezeki masing-masing. Mungkin hari ni rezeki aku. Esok lusa, mungkin rezeki korang pula kan. Mana la tau. Banyak-banyakkan berdoa.

Terima kasih kerana sudi membaca. Salam :)